Wednesday, January 5, 2011

BIG girl??

Assalamualaikum semua!

Aisyah nak buat post kali ini dalam bahasa melayu. Saja nk cuba.... Aisyah start sekolah hari Isnin hari itu.. Aisyah tak pergi asrama p0n.. Malas. Lagipun Aisyah tak suka berebut tandas dengan budak-budak lain...(pengalaman pahitku semasa duduk selama 3 hari 2 mlm di asrama) Klu duduk asrama, rasa mcm x bebas. Eh, ya ke?



Sekolah baru Aisyah tu, boleh la tahan.. cikgu dia semua baik-baik... Ada juga yg garang.. nama pon cikgu.. =) Masa hari pertama Aisyah pergi ke sekolah.. ada la perasaan takut.. Lepas masuk ke kawasan sekolah Aisyah terus ke tapak perhimpunan. Nampak budak-budak besar saja..  Rupa-rupanya semua kawan Aisyah ada duduk di belakang.. nasib baik cpt jumpa.. Bangga tahu pakai kain warna biru cair (kain sekolah menengah). .Aisyah ditempatkan di kelas nombor 2. Semua kelas ada tujuh. Ok la tu kan? Aisyah ada ramai kawan baru. Skrg ini Aisyah ada kawan orang asli... hebat tak? hehehe.. 

Dekat sekolah menengah ni, benda banayak yang berbeza... macam.. masuk sekolah sebelum 7.20.. klu dulu masuk sekolah rendah masuk sebelum 7.30... Pengawas pon ada banyak jenis.. Peraturan pon semakin KETAT! 

Minggu pertama ini dekat sekolah Aisyah tak belajar lagi.. sbb tingkatan satu dan empat, ada program. Program itu namanya "Minggu Titian Mesra". =) Program itu utk berkenal-kenalan dgn budak dari sekolah lain... Aisyah tak boleh nk bawa kamera.. klu tak boleh Aisyah tunjuk gambar.. 

Oh ya.. pasal post sebelum ini.. Aisyah tak ada gambar yang nk dibubuh.. =( jadi kena tunggu dulu ya...  ;) Itu saja yg aisyah nk ceritakn buat post kali ini...

From:

No comments:

Post a Comment